Posts

Showing posts from August, 2021

Ya Allah Perbaikilah Takdirku

 Minta semua pada Tuhan Takde mengungkit kemudian hari Tahu apa yang lebih baik untuk kita Sentiasa beri lebih dari yang diminta Tak harapkan balasan Benar takdir kita sudah ditetapkan Tuhan Sebelum kita turun ke bumi lagi sudah tertulis segalanya di luh mahfuz Tapi kita boleh minta disegerakan, dicepatkan dan dibaiki Maka mohonlah Ya Allah, perbaikilah takdirku

MDBwithYouths Sesi 280821

Ayat Inspirasi Minggu ini, "We sent them two messengers, but they rejected both. So We reinforced ˹the two˺ with a third, and they declared, “We have indeed been sent to you ˹as messengers˺.” [Yassin : 14] Nota Sesi hari ini mengambil inspirasi dari surah Yassin yang ada 3 tema utama. Tema pada bahagian pertama surah Yassin Ada unsur reinforcement atau strengthen/penguatan. Allah menghantar orang ketiga buat penguat dan membantu dua orang yang telah dahulu datang kepada penduduk disitu. Namun nasihat mereka tidak dipedulikan malah dikata penipu kerana mereka bertiga adalah orang biasa seperti orang lain. Mengambil iktibar dari perkataan reinforcement, seorang penulis itu tidak boleh hidup dalam isolation atau bersendirian. Penulis perlu bersinergi dengan orang lain:-  orang industri seperti editor, illustrator, typesetter dll penulis lain .Selain itu, penulis juga perlu bersinergi dalam bidang lain yang berkaitan penulisan seperti penulisan ucapan (speechwriter), penulisan skrip, ...

Penulisan Di FB

Image
Are you a writer? Dari pemerhatian aku, Penulisan di facebook ni ada empat jenis: Jenis Tulisan Di FB 1- Jenis Luahan Jadikan fb as diary.  Lebih pada blogging style.  Tak fikir panjang, tulis saja.  Kepuasan untuk diri sendiri.  Tak evergreen, bila keluar memories in 2 years dah tak ingat pasal apa. 2-Jenis Perkongsian Menceritakan proses. Tulis untuk kongsi dengan orang lain. Sebuah cerita ada awal, konflik, klimaks,  dan penutup cerita. 3-Jenis Refleksi Tulisan yg kadang sukar difahami kerana tak diceritakan dari awal / orang tak tau hujung pangkal. Eloknya dimulakan dengan perkongsian dulu. Tulis sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Jentik pemikiran terus waktu dibaca tapi perlu ruminate the idea untuk tulis & untuk orang faham. 4-Jenis Gugah Pemikiran Pemikiran baru hasil refleksi diri. Boleh bawa kesan mendalam pada orang. Tulis untuk ajak orang lain fikir atau untuk tukar pemikiran orang lain. Kadang-kadang hanya penulis  yang faham maksud dise...

Pengaruh Kpop - Berus Gigi

Image
Ini satu perkara yang aku perasan pada diri sendiri bila melalui fasa kpop fangirling iaitu aku akan terikut habit mereka. Terikut habit seperti bunyi/sound effects, habit ketap bibir, pusing kepala tanda tak berapa nak setuju dll. Puncanya mestilah sebab banyak betul video mereka yang aku tonton. . Tapi ada satu benda ni aku nak cuba terapkan pada diri sendiri walaupun katanya di Korea ini dah jadi habit semua orang, bukan idol je. . Habit apa? . Habit kerap berus gigi. Mereka akan berus gigi setiap kali habis makan. Tak kisahlah makan diluar, ditempat kerja dll. . Mereka akan bawa berus dan ubat gigi dalam beg sendiri. . Kalau tengok backstage artis sebelum mula performance, mereka akan berus gigi dulu. Ialah tadi lepas rehearsal, tenaga dah guna, mereka akan snacking untuk refill tenaga. . Sebelum naik pentas, sambil last minute discussion sambil itu tangan berus gigi. Kemas je diorang berus gigi, takde meleleh ubat gigi pun  . Ha ini video siap ada kompilasi memberus gigi lagi....

Mana Mana Nak Settle Hutang?

  Assalamualaikum Siapa yang tidak berasa penat bayar hutang bertahun lamanya dan tengok baki hutang seperti tidak berganjak pun, kalau kita bayar ansuran bulanan seperti yang di minta oleh pihak bank atau institusi kewangan yang kita pinjam maka ikutkan jadual pasti bertahun-tahun akan selesai. Tetapi kalau ikutkan cara dan teknik yang Tuan Zaidi ajarkan seperti testimoni yang dikempilkan biar banyak mana pun hutang anda pasti dapat dilangsaikan dalam tempoh masa yang singkat seperti tidak masuk akal. Dapatkan koleksi video ini dengan segera jika anda ingin bebas hutang seperti mereka ini. Klik sini https://tinyurl.com/forenwang

Target Sales

Target sales itu biasa, Target sedekah itu luar biasa. Bisnes untuk diwariskan itu biasa, Bisnes untuk diwakafkan itu luar biasa.

Nota MDB With Youths Sesi Pertamaku

Image
Hari ini buat benda baru lagi. Join #mdbwithyouths bersama Dr Mohd Daud Bakar diplatform Zoom. Ini adalah sesi keempat tak silap. Aku baru daftar semalam, maka ini first experience. Dalam sesi setiap Sabtu in Dr kongsikan perkara yang perlu diingatkan pada orang muda. اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا 10. (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” Nota Dari surah Al Kahfi ayat 10 ada menyebut perkataan rosyada yang boleh ditafsir dengan maksud kebijaksanaan atau keilmuan dalam urusan. Banyak tafsiran untuk perkataan ini. Dr kenalkan dengan perkataan prudent, juga satu istilah yang tinggi. Membawa makna lebih teliti dari kebijaksanaan. Ayat ini adalah satu doa yang intim atau dekat dengan orang muda. Kerana kita masih clueless,...

Kenapa Kita Menulis

Image
  Hari ini bersedih satu Malaysia pemergian Siti Sarah Raisuddin. . Dan aku terfikir, bila waktuku nanti macam mana anak cucu yang tak dapat jumpa nak kenal aku ini bagaimana? Dari mulut orang boleh keluar kisah baik & kisah aib. Mungkin juga kisah sebelah pihak. . Inilah pentingnya kita ada doumentasi tentang diri sendiri. Seperti pentingnya catatan password, hutang dan dokumen penting, kisah hidup juga pada aku turut bermakna. . Ini boleh jadi salah satu sebab kenapa kita perlu menulis. Kadang tak perlu jadi penulis buku atau author. Cukup menjadi seorang yang menulis atau writer. . Tapi bak kata Tuan Zamri, elok juga ada sekurang-kurangnya satu buku dengan tulisan di tulangnya nama kita dirumah masing-masing. . Boleh buat self-publish atau sekadar print dan simpan sesalinan. . Kita tak perlu 10 atau 100 alasan untuk menulis. Kita cuma perlu satu alasan. Alasan itu boleh jadi apa sahaja. . Alasan menulis boleh jadi: -isi masa lapang -sebagai terapi -latihan menulis -untuk jad...

80/20 Rules

Image
  Ah one more thing I just realized today is how in Pareto principle or 80/20 rules they said 80% of our result or consequences come from the 20% works ? And vice versa. . I finally got it. . This is why we need to only do the thing we best do, which will get you the 20%. . Now, how to get the other 80% you asked? Again, its math. You get another person to give their best in whatever they are doing & you get an extra 20%. . Find 4 more people other than you and you get your 100%. . So what does this mean? . Recognized what is your 20% & focus on that only Find other people that is the best in other find that you didn't do aka delegate or outsource it . Now, how can you recognized your 20%?

Review Filem Bumi Manusia

Tajuk Bumi Manusia ini menarik. Ia dari sebuah novel dari pengarang Indonesia bernama Pramoedya Ananta Toer. Buku ini adalah sebahagian daripada Tetraologi Buru bermakna ada 3 lagi tajuk dengan tema sama.   Dari awal tahun dah berhasrat nak beli novel ini tapi sampai sekarang tak beli sebab buku menimbun lain melambai-lambai helaian yang tak terselak lagi. Skroll di Netflix, eh adalah cerita ni denga tajuk orang putih iaitu The Earth of Mankind.   Tengok durasi 3 jam, mak ai lamanya komitmen masa yang diperlukan. Tapi takpe, kita tengok sikit dulu, kalau tak best kita drop as usual.   Sinopsis Bumi Manusia menceritakan kisah Minke atau nama sebenarnya Sinyo seorang anak pribumi Indonesia yang ketika itu dibawah pemerintahan kolonial Belanda. Minke bersekolah di HBS, sekolah untuk anak orang Belanda dan anak kacukan Belanda. Namun dia dapat bersekolah di sana kerana kebijaksanaannya. Suatu hari dia mengikut kawannya ke rumah keluarga Mellema. Disana Minke berkenalan dengan...

Tips Menghalau Semut

Image
  Ada orang tanya macam mana nak elakkan semut masuk dalam gula. Jawapan biasa & elok dicuba: letak bekas gula dalam bekas air sapu minyak dikeliling bekas gula Jawapan biasa dengar: tulis kat bekas tu *Garam* supaya semut confuse buat signboard *bukan gula, ini racun semut* mungkin awak terlalu manis Jawapan baru first time dengar: letak tempat tinggi supaya semut gayat Itulah kisah cari tips melawan semut hari ini

Alergik pada BIG WHY

Makin tua ni makin alergik dengan perkataan "big why". I get it but i think enough la. ------------------------------------------------------------------------------------------- Setuju. Sebenarnya yang kita nak cari dalam hidup ni ketenangan hidup. Dunia nak kiamat tu benar, bukan ayat tak optimis sebab confirm. Pada akulah big why ni sifatnya jangka pendek. Macam sprint pecut 100m tu. Masalahnya bila dia mintak big why bukan 1 tapi nak 100. Bayangkan kita nak lari pecut 100m tu 100x dalam masa sama. Mampuih! Sebetulnya big why kita 1 saja, pulun buat amal sebanyak mungkin dalam sisa hidup yang tinggal berpuluh tahun ni saja. Jalan nak dapatkan big why ni boleh banyak cara. Taat suami, taat mak ayah, sedekah, wakaf, amal jariah berbagi ilmu etc. Dan duit yang dapat dari sales, marketing, bisnes semualah adalah alat/tools je. Kita dok pusing kepala rupanya dok tukar-tukar & pulun salah satu alat je.