Review Filem Bumi Manusia
Tajuk Bumi Manusia ini menarik. Ia dari sebuah novel dari pengarang Indonesia bernama Pramoedya Ananta Toer. Buku ini adalah sebahagian daripada Tetraologi Buru bermakna ada 3 lagi tajuk dengan tema sama.
Dari awal tahun dah berhasrat nak beli novel ini tapi sampai sekarang tak beli sebab buku menimbun lain melambai-lambai helaian yang tak terselak lagi. Skroll di Netflix, eh adalah cerita ni denga tajuk orang putih iaitu The Earth of Mankind.
Tengok durasi 3 jam, mak ai lamanya komitmen masa yang diperlukan. Tapi takpe, kita tengok sikit dulu, kalau tak best kita drop as usual.
Suatu hari dia mengikut kawannya ke rumah keluarga Mellema. Disana Minke berkenalan dengan Robert, Annelies dan Nyai Ontosoroh. Annelies gadis muda darah kacukan antara ayahnya seorang Belanda totok (bak kata Nyai) dengan seorang nyai.
Rupanya Nyai dibawa kepada Tuan Mellema kerana dijual orang bapanya pada usia sangat muda. Namun dia dilayan baik dan diajar membaca, menulis dan bertutur bahasa Belanda. Nyai sangat cekap hingga dapat menguruskan seluruh perniagaan Mellema dari perusahaan ladang lembu, kuda, sayur, rempah dan lain-lain.
Hubungan baik mereka rapuh selepas kehadiran legitimate son Tuan Mellema dari Belanda yang menuntut haknya kerana ibunya tidak pernah diceraikan. Sejak itu Tuan Mellema kerap pergi ke rumah hiburan yang dipenuhi candu dan geisha.
Akhir kisah, dia meninggal di rumah hiburan itu dan Robert yang kerap berhibur disini pun melarikan diri. Nyai didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Tuan Mellema untuk merampas harta.
Ketika di mahkamah, Nyai diminta menanggalkan kasut, mengesot ketika masuk kedalam ruang bicara. Ini adalah adab orang disana tapi anaknya Annelies dan Minke dibenarkan masuk seperti orang biasa kerana Annelies anak kacukan dan Minke seorang Raden Mas, anak seorang pegawai daerah.
Tidak cukup dengan itu, Nyai tidak dibenarkan berbicara dalam bahasa Belanda dan dihina peguam, hakim dan penonton kerana tarafnya hanyalah Nyai seorang gundik tidak sah taraf. Tiada siapa yang membelanya disini, malah suspek utama juga tidak dibawa ke pengadilan.
Minke menggunakan kemahirannya menulis dalam bahasa Belanda disurat khabar. Dia mendesak suspek utama dibawa dan keadilan ditegakkan. Setiap kali perbicaraan, dia akan hadir dan menulis perkembangan kes ini dengan lantang dan tajam penulisannya menggunakan nama samaran Max.
Akibat tekanan dan perhatian umum pada kes ini, suspek utama dipanggil dan kebenaran ditemui. Tuan Mellema diracun geishanya sendiri atas arahan bos rumah hiburan itu. Nyai dibebaskan dan kembali ke rumahnya.
Hubungan Annelies dan Minke bertambah serious lalu dia berpindah masuk ke rumah Nyai dan berkahwin mengikut cara Islam. Namun bahagia ini tidak lama. Nyai tidak diiktiraf sebagai pemegang harta dan perusahaan Mellema. Robert pula sudah hilang dan Annelis dianggap masih bawah umur.
Sekali lagi mereka berlawan turun naik ke mahkamah. Mengikut undang-undang mereka, Annelis anak dara yang masih bawah umur kerana dia tidak menikah melalui mahkamah. Minke sekali lagi menggunakan pedang penanya untuk menyelamatkan Annelis.
Mereka sedar kemungkinan tidak menang dimahkamah, tapi kata-kata Nyai ada benarnya. Lawanlah, melawan itu bererti tidak kalah sepenuhnya.
Bawa surat ini ke mahkamahmu!
Walaupun disokong ramai pihak, pernikahan Annelis tetap tidak diterima di mahkamah Belanda. Akhirnya Annelis perlu kembali kepada penjaganya di Belanda dan harta Mellema dirampas oleh kerajaan Belanda.
Aku suka mendengar bicara klasik dari filem ini. Beberapa patah kata yang cantik dan mendalam maksudnya berbekas diminda. Tak sempat nak salin sebijik dari filem tapi ini antara kata-kata yang aku ingat.
Sebenarnya aku segan dengan diri sendiri sebab kurangnya pengetahuan tentang sejarah penjajah Belanda dinegara jiran kita ini. Lama betul mereka dibawah pengaruh asing.
Kenapalah bila tengok sinetron dengan watak utama berwajah pan Asian berkulit merah tidak terfikir mana datang mereka ini?
Latar masa novel ini sewaktu bangsa paling elit hanyalah orang Belanda, tingkat seterusnya orang kacukan Belanda. Pemilik asal tanah Jawa iaitu orang Jawa dipandang hina.
Terpempan aku melihat beberapa scene yang menghina dan merendahkan martabat mereka. Racial segregation White Only di America rupanya berlaku juga di nusantara.
Ada kafe yang khas untuk orang Belanda siap ditulis orang pribumi dan monyet tidak dibenarkan masuk. Kurang ajar sungguh disamakan pribumi dengan monyet. Malah nama Minke itu pun dulu adalah gelaran monyet kepadanya.
Bila pribumi berpelajaran seperti Minke dan Nyai ingin berbicara dalam bahasa Belanda dengan orang Belanda, dimarahnya mereka “Bicara dalam bahasa asalmu!”.
Sejarah awalnya buku ini adalah diceritakan secara lisan oleh penulis kepada kawan-kawan sepenjara dengannya. Selepas dibebaskan, kisah ini dijadikan novel tapi diharamkan pengedarannya oleh pemerintah.
Waktu ini kebangkitan nasional atau Nasionalisme sedang marak semangatnya pada awal abad ke-20. Watak utama novel ini diambil inspirasi dari tokoh bernama Raden Tirto Adhi Soerjo. Beliau adalah antara perintis awal kebangkitan nasional menggunakan suratkhabar dan kewartawanan.
Seperti beberapa filem dan drama yang sudah aku tonton, ternyata tajamnya pena penulisan itu benar. Ia dapat menggoncang pemikiran, memalu semangat kebangkitan dan mengheret kebenaran.
Masih relevankan penulisan untuk membentuk pemikiran bangsa? Fikir aku ya masih relevan sampai bila-bila, cuma kita perlu memastikan asal pemikiran itu berpaksi pada kebenaran dan kita sesuaikan saja penulisan pada platform terkini.
Akhir kata, tontonlah filem dari seberang ini dan bukalah mata kita agar sejarah tidak berulang (~guna suara Tomok~).
Buku English Translate This Earth of Mankind boleh dibeli di Kinokuniya
Dari awal tahun dah berhasrat nak beli novel ini tapi sampai sekarang tak beli sebab buku menimbun lain melambai-lambai helaian yang tak terselak lagi. Skroll di Netflix, eh adalah cerita ni denga tajuk orang putih iaitu The Earth of Mankind.
Tengok durasi 3 jam, mak ai lamanya komitmen masa yang diperlukan. Tapi takpe, kita tengok sikit dulu, kalau tak best kita drop as usual.
Sinopsis
Bumi Manusia menceritakan kisah Minke atau nama sebenarnya Sinyo seorang anak pribumi Indonesia yang ketika itu dibawah pemerintahan kolonial Belanda. Minke bersekolah di HBS, sekolah untuk anak orang Belanda dan anak kacukan Belanda. Namun dia dapat bersekolah di sana kerana kebijaksanaannya.Suatu hari dia mengikut kawannya ke rumah keluarga Mellema. Disana Minke berkenalan dengan Robert, Annelies dan Nyai Ontosoroh. Annelies gadis muda darah kacukan antara ayahnya seorang Belanda totok (bak kata Nyai) dengan seorang nyai.
Nyai Ontosoroh adalah seorang perempuan simpanan kerana Tuan Herman Mellema tidak boleh berkahwin secara sah disini. Dari hubungan itu lahirlah Annelies dan abangnya Robert yang sangat benci dengan darah Jawanya.
Rupanya Nyai dibawa kepada Tuan Mellema kerana dijual orang bapanya pada usia sangat muda. Namun dia dilayan baik dan diajar membaca, menulis dan bertutur bahasa Belanda. Nyai sangat cekap hingga dapat menguruskan seluruh perniagaan Mellema dari perusahaan ladang lembu, kuda, sayur, rempah dan lain-lain.
Hubungan baik mereka rapuh selepas kehadiran legitimate son Tuan Mellema dari Belanda yang menuntut haknya kerana ibunya tidak pernah diceraikan. Sejak itu Tuan Mellema kerap pergi ke rumah hiburan yang dipenuhi candu dan geisha.
Akhir kisah, dia meninggal di rumah hiburan itu dan Robert yang kerap berhibur disini pun melarikan diri. Nyai didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Tuan Mellema untuk merampas harta.
Ketika di mahkamah, Nyai diminta menanggalkan kasut, mengesot ketika masuk kedalam ruang bicara. Ini adalah adab orang disana tapi anaknya Annelies dan Minke dibenarkan masuk seperti orang biasa kerana Annelies anak kacukan dan Minke seorang Raden Mas, anak seorang pegawai daerah.
Tidak cukup dengan itu, Nyai tidak dibenarkan berbicara dalam bahasa Belanda dan dihina peguam, hakim dan penonton kerana tarafnya hanyalah Nyai seorang gundik tidak sah taraf. Tiada siapa yang membelanya disini, malah suspek utama juga tidak dibawa ke pengadilan.
Minke menggunakan kemahirannya menulis dalam bahasa Belanda disurat khabar. Dia mendesak suspek utama dibawa dan keadilan ditegakkan. Setiap kali perbicaraan, dia akan hadir dan menulis perkembangan kes ini dengan lantang dan tajam penulisannya menggunakan nama samaran Max.
Akibat tekanan dan perhatian umum pada kes ini, suspek utama dipanggil dan kebenaran ditemui. Tuan Mellema diracun geishanya sendiri atas arahan bos rumah hiburan itu. Nyai dibebaskan dan kembali ke rumahnya.
Hubungan Annelies dan Minke bertambah serious lalu dia berpindah masuk ke rumah Nyai dan berkahwin mengikut cara Islam. Namun bahagia ini tidak lama. Nyai tidak diiktiraf sebagai pemegang harta dan perusahaan Mellema. Robert pula sudah hilang dan Annelis dianggap masih bawah umur.
Sekali lagi mereka berlawan turun naik ke mahkamah. Mengikut undang-undang mereka, Annelis anak dara yang masih bawah umur kerana dia tidak menikah melalui mahkamah. Minke sekali lagi menggunakan pedang penanya untuk menyelamatkan Annelis.
Tulisannya mendapat sokongan orang Islam dan rakyat pribumi. Pernikahan mereka sah disisi undang-undang Islam. Kebangkitan dan kesedaran orang pribumi muncul selepas tulisan di akhbar itu dibaca dan diterjemah kepada penduduk pribumi.
Mereka sedar kemungkinan tidak menang dimahkamah, tapi kata-kata Nyai ada benarnya. Lawanlah, melawan itu bererti tidak kalah sepenuhnya.
“Orang Belanda itu memukul gamelan tapi gong ada ditanganmu Minke.”
Lebih kurang begitu pesan Nyai. Orang Belanda itu memulakan pertarungan ini tapi berhenti atau tidak pertarungan itu ada pada gong di tangan Minke.
Bawa surat ini ke mahkamahmu!
Walaupun disokong ramai pihak, pernikahan Annelis tetap tidak diterima di mahkamah Belanda. Akhirnya Annelis perlu kembali kepada penjaganya di Belanda dan harta Mellema dirampas oleh kerajaan Belanda.
Review
Disebabkan durasi filem ini panjang, aku mengambil masa 2-3x tontonan untuk habiskan. Bahasa Indonesianya tidaklah susah untuk difahami dan ada subtitle apa susah.Aku suka mendengar bicara klasik dari filem ini. Beberapa patah kata yang cantik dan mendalam maksudnya berbekas diminda. Tak sempat nak salin sebijik dari filem tapi ini antara kata-kata yang aku ingat.
“Berbahagialah orang yang makan dari hasil keringat peluhnya sendiri.”
“Mereka memukul gamelan tapi gongnya ditanganmu.”
“Melawan itu bererti tidak kalah sepenuhnya.”
Sebenarnya aku segan dengan diri sendiri sebab kurangnya pengetahuan tentang sejarah penjajah Belanda dinegara jiran kita ini. Lama betul mereka dibawah pengaruh asing.
Kenapalah bila tengok sinetron dengan watak utama berwajah pan Asian berkulit merah tidak terfikir mana datang mereka ini?
Latar masa novel ini sewaktu bangsa paling elit hanyalah orang Belanda, tingkat seterusnya orang kacukan Belanda. Pemilik asal tanah Jawa iaitu orang Jawa dipandang hina.
Terpempan aku melihat beberapa scene yang menghina dan merendahkan martabat mereka. Racial segregation White Only di America rupanya berlaku juga di nusantara.
Ada kafe yang khas untuk orang Belanda siap ditulis orang pribumi dan monyet tidak dibenarkan masuk. Kurang ajar sungguh disamakan pribumi dengan monyet. Malah nama Minke itu pun dulu adalah gelaran monyet kepadanya.
Bila pribumi berpelajaran seperti Minke dan Nyai ingin berbicara dalam bahasa Belanda dengan orang Belanda, dimarahnya mereka “Bicara dalam bahasa asalmu!”.
Sejarah awalnya buku ini adalah diceritakan secara lisan oleh penulis kepada kawan-kawan sepenjara dengannya. Selepas dibebaskan, kisah ini dijadikan novel tapi diharamkan pengedarannya oleh pemerintah.
Waktu ini kebangkitan nasional atau Nasionalisme sedang marak semangatnya pada awal abad ke-20. Watak utama novel ini diambil inspirasi dari tokoh bernama Raden Tirto Adhi Soerjo. Beliau adalah antara perintis awal kebangkitan nasional menggunakan suratkhabar dan kewartawanan.
Seperti beberapa filem dan drama yang sudah aku tonton, ternyata tajamnya pena penulisan itu benar. Ia dapat menggoncang pemikiran, memalu semangat kebangkitan dan mengheret kebenaran.
Masih relevankan penulisan untuk membentuk pemikiran bangsa? Fikir aku ya masih relevan sampai bila-bila, cuma kita perlu memastikan asal pemikiran itu berpaksi pada kebenaran dan kita sesuaikan saja penulisan pada platform terkini.
Akhir kata, tontonlah filem dari seberang ini dan bukalah mata kita agar sejarah tidak berulang (~guna suara Tomok~).
Buku English Translate This Earth of Mankind boleh dibeli di Kinokuniya
Comments
Post a Comment