Nota MDB With Youths Sesi Pertamaku

Hari ini buat benda baru lagi. Join #mdbwithyouths bersama Dr Mohd Daud Bakar diplatform Zoom.
Ini adalah sesi keempat tak silap. Aku baru daftar semalam, maka ini first experience. Dalam sesi setiap Sabtu in Dr kongsikan perkara yang perlu diingatkan pada orang muda.

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

10. (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

Nota

  • Dari surah Al Kahfi ayat 10 ada menyebut perkataan rosyada yang boleh ditafsir dengan maksud kebijaksanaan atau keilmuan dalam urusan.
  • Banyak tafsiran untuk perkataan ini. Dr kenalkan dengan perkataan prudent, juga satu istilah yang tinggi. Membawa makna lebih teliti dari kebijaksanaan.
  • Ayat ini adalah satu doa yang intim atau dekat dengan orang muda. Kerana kita masih clueless, banyak yang tidak tahu, pengalaman kurang, tanggungjawab belum banyak.
  • Kita meminta guidance yang sebenar-benarnya dari Yang Maha Mengetahui. Menjadi orang yang prudent itu bukan sekadar punya ilmu dan punya hikmah tapi juga perlu tahu menggunakannya pada tempat yang betul.
  • Adalah menjadi tugas sebenar orang muda untuk mencari rosyada itu. Kita perlu latih diri menjadi a man of prudent, bukan untuk diri kita saja malah untuk masyarakat kita.

Refleksi Saya

  • Join sesi seperti ini juga salah satu cara aku mengenal dunia dari sudut pandang yang lebih matang dan luas. Dunia bukan berputar dipaksi kita saja. Mendengar ingatan, mendapat ilmu dan pengajaran dari yang lebih dulu makan garam ini mahal.
  • Hikmah, pengalaman dan ilmu itu sangat luas dan pelbagai. Zaman moden ini kita jelajah dan terjah apa saja peluang yang ada. Semoga satu hari nanti kita graduate dari semester Covid ini sebagai orang yang lebih baik.
  • Tak sampai 15 minit, dikenalkan satu term dan otak ini bagai dijentik. Inilah kot salah satu objektif sesi pengkongsian begini, untuk membuka cara fikir baru. Ada trickle down effect kepada yang lain.
  • Ah ya, jika nak join sesi next week daftar di fb 5pages1day . Aku join pun agak lewat tapi tak penting bila kita bermula, yang penting dimana kita diakhir nanti. Cewah, baru satu sesi dah menulis macam motivator kahkahkahh
  • Tapi serius best sebab tak spend masa lama, very to the point & the after effect is kita akan berfikir dan cuba kaji lagi.
Oklah, nak kongsi itu je. Selamat hari minggu gais!

Buku karya MDB (DATUK DR MOHD DAUD BAKAR) antaranya:

Saya Ada 25 Jam Sehari (OUT OF STOCK)
Sosialisasi Fekah Dalam Struktur Masyarakat (OUT OF STOCK)
Anak Desa Ke Persada Antarabangsa (OUT OF STOCK)
Pulun (OUT OF STOCK)
Minda Syariah Kewangan Islam (OUT OF STOCK)
Kembara Ilmu Dari Sg. Korok ke St. Andrews (OUT OF STOCK)

Comments