Penulisan Di FB

Are you a writer?

Dari pemerhatian aku, Penulisan di facebook ni ada empat jenis:

Jenis Tulisan Di FB

1- Jenis Luahan

Jadikan fb as diary. 
Lebih pada blogging style. 
Tak fikir panjang, tulis saja. 
Kepuasan untuk diri sendiri. 
Tak evergreen, bila keluar memories in 2 years dah tak ingat pasal apa.

2-Jenis Perkongsian

Menceritakan proses.
Tulis untuk kongsi dengan orang lain.
Sebuah cerita ada awal, konflik, klimaks,  dan penutup cerita.

3-Jenis Refleksi

Tulisan yg kadang sukar difahami kerana tak diceritakan dari awal / orang tak tau hujung pangkal.
Eloknya dimulakan dengan perkongsian dulu.
Tulis sebagai pengajaran untuk diri sendiri.
Jentik pemikiran terus waktu dibaca tapi perlu ruminate the idea untuk tulis & untuk orang faham.

4-Jenis Gugah Pemikiran

Pemikiran baru hasil refleksi diri.
Boleh bawa kesan mendalam pada orang.
Tulis untuk ajak orang lain fikir atau untuk tukar pemikiran orang lain.
Kadang-kadang hanya penulis  yang faham maksud disebalik tulisannya.
Tak sesuai untuk semua orang.
Penulisan agak mendalam / philosophical.

Level Tulisan Di FB

Ada empat level atau tahapan penulisan di Facebook yang aku perasan iaitu:-

1-Benda Nyata/kenyataan/fact Semua Perasan

Menulis benda yang obvious dan nyata.
Semua orang setuju .
Ada orang like tanda setuju.

2-Benda Nyata Tapi Tak Semua Perasan

Dapat reaksi "aah la, tak perasan pun, betul jugak kata kau".
Relatable pada orang lain.
Sejenis perkongsian.

3-Benda Tak Perasan

Benda yang penulis sedar selepas proses pendam atau ruminate.
Boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut, penulis hanya nyatakan satu sudut saja.

4-Benda Tak Terpikir

Perkara yang didapati selepas lama direnung tenung.
Hasilan perkara baru yang inovatif.

Semua jenis penulisan ini tak ada yang salah atau satu lebih sedap dari yang lain. Penulis perlu tulis semua jenis penulisan ini dan bukannya hanya kekal dengan sejenis tulisan.

Kenapa?
Kerana penulis juga manusia.
Take a chill pill.

~ciku

Comments