Pengaruh Kpop - Berus Gigi

Ini satu perkara yang aku perasan pada diri sendiri bila melalui fasa kpop fangirling iaitu aku akan terikut habit mereka. Terikut habit seperti bunyi/sound effects, habit ketap bibir, pusing kepala tanda tak berapa nak setuju dll. Puncanya mestilah sebab banyak betul video mereka yang aku tonton.
.
Tapi ada satu benda ni aku nak cuba terapkan pada diri sendiri walaupun katanya di Korea ini dah jadi habit semua orang, bukan idol je.
.
Habit apa?
.
Habit kerap berus gigi. Mereka akan berus gigi setiap kali habis makan. Tak kisahlah makan diluar, ditempat kerja dll.
.
Mereka akan bawa berus dan ubat gigi dalam beg sendiri.
.
Kalau tengok backstage artis sebelum mula performance, mereka akan berus gigi dulu. Ialah tadi lepas rehearsal, tenaga dah guna, mereka akan snacking untuk refill tenaga.
.
Sebelum naik pentas, sambil last minute discussion sambil itu tangan berus gigi. Kemas je diorang berus gigi, takde meleleh ubat gigi pun 
.
Ha ini video siap ada kompilasi memberus gigi lagi. Jangan judge all this weird video compilation ok hahhaa. Masa dulu everything make sense in my head.



Kat sini aku belajar
✅ Kerap berus gigi terutama setiap kali selepas makan atau minum Americano
✅ Bawa ubat dan berus gigi dalam pouch letak dalam bag
✅ Guna sikit je ubat gigi & spit instead of rinse mouth afterwards
✅ Berus perlahan je, minimum 2 minit

Bila fikir balik kan, amalan kerap berus gigi ini sebenarnya amalan kita, orang Muslim.
.
Sunnah yang kita selalu terlepas adalah bersugi. Seeloknya pakai kayu sugi ikut sunnah tapi gunakan mana yang dah ada atau biasa (sugi lagi mudah sebab tak payah beli ubat gigi but that's for about day).



Hadis Nabi ada sebut jika tak menyusahkan umatku, aku akan suruh mereka bersugi setiap sebelum solat.
.
Kalau ikut ni, Muslimlah ada gigi paling bersih sebab bersugi 5x sehari, bukan lepas makan je.
.
Tipsnya bila nak solat, berus gigi dulu. Niat ikut sunnah Nabi bersugi sebelum solat. Dapat gigi bersih, dapat pahala lagi.
.
Takpelah kita terinspirasi dari kpop untuk amalan baik. Lepastu kita amalkan ikut cara kita dan niat ikut amalan Nabi.
.
Kesimpulan aku, apa yang kita kerap tengok akan jadi habit. Ambillah habit yang elok untuk digunapakai.
.
Sekian, happy brushing your teeth!

Comments