Kenapa Kita Menulis

 Hari ini bersedih satu Malaysia pemergian Siti Sarah Raisuddin.

.
Dan aku terfikir, bila waktuku nanti macam mana anak cucu yang tak dapat jumpa nak kenal aku ini bagaimana? Dari mulut orang boleh keluar kisah baik & kisah aib. Mungkin juga kisah sebelah pihak.
.
Inilah pentingnya kita ada doumentasi tentang diri sendiri. Seperti pentingnya catatan password, hutang dan dokumen penting, kisah hidup juga pada aku turut bermakna.
.
Ini boleh jadi salah satu sebab kenapa kita perlu menulis.
Kadang tak perlu jadi penulis buku atau author.
Cukup menjadi seorang yang menulis atau writer.
.
Tapi bak kata Tuan Zamri, elok juga ada sekurang-kurangnya satu buku dengan tulisan di tulangnya nama kita dirumah masing-masing.
.
Boleh buat self-publish atau sekadar print dan simpan sesalinan.
.
Kita tak perlu 10 atau 100 alasan untuk menulis.
Kita cuma perlu satu alasan.
Alasan itu boleh jadi apa sahaja.
.
Alasan menulis boleh jadi:
-isi masa lapang
-sebagai terapi
-latihan menulis
-untuk jadi penulis buku
-untuk jadi terkenal
-untuk anak cucu kenal dirinya
-untuk berkongsi pengalaman
-untuk memberitahu kisah sebenar dari pihaknya
-untuk ajar dan demo sesuatu
-etc
Pegang satu alasan itu dan mulalah menulis.
.
Jika tidak selesa menulis, boleh juga buat dokumentasi cara lain seperti melalui video (Gary Vee style) atau audio. Yang penting, tinggalkan sesuatu dari kita untuk masa depan.
.
Sebagai Muslim, jika yang kita tinggalkan itu bermanfaat insyaallah akan mengalir pahala kebaikan kepada kita yang sudah 6feet under. Indah bukan Islam itu?
.
Sekian, selamat mengenal alasan anda & mulalah menulis.
ps: Ah baru perasan, alasan ini juga orang panggil "Big Why". Don't know why I'm really not fond of this overhype word tho. But I guess it's a same thing kinda 💁

Comments