Posts

Showing posts from May, 2022

Cara Berbakti Kepada Orang Tua

Perasan tak dalam drama Korea kalau lelaki ni nak tackle nenek aweks, dia akan betulkan lampu terbakarlah, ganti pelapik pintu lah. Dulu rasa cam ntah apa-apa je skrip ni. Tapi sekarang I get it. Sejak duduk rumah dengan orang tua saja ni aku mula nampak benda-benda yang pada kita alahai simple task je tapi orang tua selalu tak sempat buat. Kadang kita terlepas pandang. Fikir cukuplah dengan duit bulan-bulan yang aku beri itu. Tapi orang tua bukan itu saja yang ditengok.  Kalau anaknya ada 10 orang, setiap bulan semua anak ada hulur duit alhamdulliah. Tapi yang paling diingat adalah anak jiran sebelah yang tolong hantar mesin jahitnya ke kedai untuk dibaiki. Bukan tak bersyukur tapi itu lebih bermakna padanya. Ini contoh perkara yang boleh kita buat untuk berbakti kepada orang tua. List sekadar idea dan pemerhatian aku sahaja. 1. Gantikan mentol terbakar 2. Topup phone 3. Clearkan apps phone yang terlalu penuh 4. Check printer, desktop kalau kena update, ganti ink printer. 5. Belik...

Random Ramadan 2022 Notes

Ramadan 1 First time seumur hidup termakan jelly Ramadan 2 Disidai Maxis. Layan Grammy kat tv8 tengok BTS sekali lagi denied their well deserved win but winning with their impressive stage performance & 4 sold out stadium concert. We just drop by to the Grammy's as Suga said. Ramadan 3 Bosan disidai technician Maxis, pagi je sarung baju terus nak pi kedai. Internet rumah takde memang jem, tapi tak buat keje apa lagilah jem. Ramadan 4 Sedap gak memalam layan jejak rasul entah season 1 kot..klasik tapi aku suka style documentary macam ni Ramadan 5 Tm dtg lagi..still xsettle kena tunggu org depan ni alihkan tiang letrik

Pesanan Buat Bos Baru

Bagi mereka yang baru menjadi bos kepada diri sendiri aka bekerja sendiri, ini ada sedikit pesan dan ingaan dari senior anda. Dont be tough/straight to others like how we are with ourselves Dont be too tough on yourself. Never bandingkan diri with other people..its their chapter no13, while this is your chapter no1 Eat Solat dulu. Allah dulu, Allah terus. Its ok to take time off. Sometimes it just a 30minute coffee break outside

Bila Balik Kampung Orang Tanya Soalan

Sentimen ini aku baru perasan. Ini bukan nak bekap orang kg tapi aku sedar lepas bergaul dengan pelbagai orang. Sebenarnya sejenis yang sibuk suka ambil port urusan Tuhan tentang hidup rezeki, pekerjaan, jodoh, anak ini bukan orang kampung sahaja. Tapi memang ada sejenis orang begini. Ada je orang bandar perangai gini So stop streotype orang kampung & baliklah kampung dan jenguklah orang tua selagi mereka masih bernafas atas muka bumi. Mohonlah maaf, senangkan hati mereka dan mintalah mereka doakan selagi masih adalagi keramat hidup.  Esok lusa entah dengan siapa kita nak menunpang kasih.

Lembutkan hatiku Ya Rabb

Aku sudah tak minta kuatkan atau keraskan hati tapi aku mintak lembutkan hati  & kuatkan semangat, mental & fizikal. Hati keras ni bukan buatkan kita jadi tough. Bila hati lembut, kita lebih empati dengan orang lain,  lebih mudah memaafkan,  lebih alert dgn keliling,  lebih mudah minta ampun,  banyak nampak kelemahan diri

Is Everyone A Great Salesperson?

Hampir semua orang boleh menjual TAPI Bukan semua orang adalah penjual yang baik. KERANA Kelebihan dia adalah ditempat lain

Other People Net Worth

Bila orang bagi tips, dengar & kata ok saja. Cakap terima kasih. Walaupun kadang kita lagi power & faham bab itu. Kenapa? Sebab orang itu niatnya baik. Orang ada niat baik adalah orang yang baik. Kalaupun kita tak boleh dapat pun sesuatu itu dengan bantuan/tips mereka, sekurangnya kita dalam ingatan & doa mereka. Doa orang baik lagi mudah diperkenan Tuhan. Dan mungkin kita berjaya dikemudian hari nanti atas asbab orang lain tanpa kita sedar. Sebab kedua. Your net worth is your network. Kita tak tahu orang yang berkata itu networknya bagaimana. Mungkin dia sekadar seorang tukang kebun di kampung. Tapi dia berkawan baik dengan teman sekolah yang kini sudah menjadi dato-dato pemilik kilang. Mungkin dia berkawan-kawan dengan Ceo syarikat GLC yang selalu solat subuh di surau. Jika kita dengar saja & terima kasih atas saranan orang biasa-biasa ini, mungkin lebih efektif dari 10 connection dengan CEO di Linkedin sana. Oleh itu, sambutlah niat baik orang dengan elok kerana dat...