Cara Berbakti Kepada Orang Tua

Perasan tak dalam drama Korea kalau lelaki ni nak tackle nenek aweks, dia akan betulkan lampu terbakarlah, ganti pelapik pintu lah.

Dulu rasa cam ntah apa-apa je skrip ni.
Tapi sekarang I get it. Sejak duduk rumah dengan orang tua saja ni aku mula nampak benda-benda yang pada kita alahai simple task je tapi orang tua selalu tak sempat buat.

Kadang kita terlepas pandang. Fikir cukuplah dengan duit bulan-bulan yang aku beri itu. Tapi orang tua bukan itu saja yang ditengok. 

Kalau anaknya ada 10 orang, setiap bulan semua anak ada hulur duit alhamdulliah. Tapi yang paling diingat adalah anak jiran sebelah yang tolong hantar mesin jahitnya ke kedai untuk dibaiki. Bukan tak bersyukur tapi itu lebih bermakna padanya.

Ini contoh perkara yang boleh kita buat untuk berbakti kepada orang tua. List sekadar idea dan pemerhatian aku sahaja.

1. Gantikan mentol terbakar
2. Topup phone
3. Clearkan apps phone yang terlalu penuh
4. Check printer, desktop kalau kena update, ganti ink printer.
5. Belikan grocery yang selalu diguna & letak di tempat sama
6. Bawak pi tmpt makn baru
7. Makan bersama dirumah
8. Sapukan sawang

Comments