Other People Net Worth

Bila orang bagi tips, dengar & kata ok saja. Cakap terima kasih. Walaupun kadang kita lagi power & faham bab itu.

Kenapa?
Sebab orang itu niatnya baik.
Orang ada niat baik adalah orang yang baik.

Kalaupun kita tak boleh dapat pun sesuatu itu dengan bantuan/tips mereka, sekurangnya kita dalam ingatan & doa mereka.

Doa orang baik lagi mudah diperkenan Tuhan.
Dan mungkin kita berjaya dikemudian hari nanti atas asbab orang lain tanpa kita sedar.

Sebab kedua. Your net worth is your network.
Kita tak tahu orang yang berkata itu networknya bagaimana.

Mungkin dia sekadar seorang tukang kebun di kampung. Tapi dia berkawan baik dengan teman sekolah yang kini sudah menjadi dato-dato pemilik kilang.

Mungkin dia berkawan-kawan dengan Ceo syarikat GLC yang selalu solat subuh di surau.

Jika kita dengar saja & terima kasih atas saranan orang biasa-biasa ini, mungkin lebih efektif dari 10 connection dengan CEO di Linkedin sana.

Oleh itu, sambutlah niat baik orang dengan elok kerana datangnya rezeki itu dari arah yang tidak kita ketahui dengan izinNya.

Treat all people nicely.

Comments