Ujian umur 35-40 tahun | Bersedia dengan tenang

Menghampiri 40 tahun.
Kata orang makin dekat 40 tahun ini kita akan menghadapi ujian yang bukan calang-calang.

Ujian ekonomi, ujian perkahwinan, ujian hamil, ujian cahaya mata, ujian pekerjaan.

ujian_ umur_ 35-40_ tahun
ujian menjelang usia 40 tahun

Dugaan akan datang dari pelbagai sudut, yang tak terfikir pun akan dilalui.

Semata-mata untuk kita melepasi tempoh matang. Sepertimana Muhammad diangkat menjadi Rasul pada usia itu sebelumnya diuji dengan pelbagai perkara lalu dicuci hatinya secara fizikal Dan spiritual.

Sebelum kita mampu sampai ke puncak seterusnya, kita perlukan momentum dari dalam lurah yang tenggelam dibawah.

Rock bottom kata orang.
Bila kita tiada pilihan lain kecuali naik ke puncak semula.

Berdoalah kita dengan mohon tidak diuji luar batasan kekuatan.
Walaupun yang tahu kemampuan dan kekuatan sebenar kita hanyalah Tuhan yang mencipta.

Tabahkanlah diri melalui proses dicuci, barulah nampak permata yang kukuh itu.
Pegang kuatlah tali agama, tali saudara dan tali persahabatanmu.

Moga kita bertemu diseberang sana dengan jati diri yang kuat, hati yang lega dan hidup yang tenang.

I am with you despite everything.

To a wiser us.

Aminn.

CikuAku  3/40

Comments