Some parents broke their daughter's heart before a boy did | Two Perspective
Quote ini dijumpai dalam Instagram. Bila dibaca komen ramai yang rasa tepat kena dihati. Kita boleh fahami kata - kata ini dari sudut sebagai anak dan juga sebagai ibu bapa."Some parents broke their daughter's heart before a boy did"
![]() |
| Some parents broke their daughter's heart before a boy did |
Sebagai Ibu Bapa
Tanpa kita sedari, kita pernah melukai hati anak. Tak kira samada anak masih kecil atau sudah besar. Tak percaya? Cubalah tanya anak kecil kita, "Pernah rasa sedih tak bila Ibu buat sesuatu?"Jawapan mereka mungkin childish pada kita, tapi perkara besar pada mereka. Kerana pada anak-anak, kitalah ibu bapa satu-satunya orang dewasa yang mereka kenal, orang dewasa yang diharap dapat melindungi mereka. We are their everything.
Dan satu-satunya orang dewasa yang dipercayai itu melukakan hati mereka. Pasti rasanya sangat sedih dan berbekas dihati.
Entah mengapa quote ini menyebut daughter sahaja. Mungkin kesannya lebih mendalam pada anak perempuan. Tapi ketahuilah anak lelaki turut punya rasa yang sama. Mungkin lebih dalam lukanya kerana mereka kurang intact dengan emosi.
Sebagai Anak
Kadang kita tak tahu kita disakiti, lebih-lebih waktu kecil. Tapi kita faham dan tak salahkan mereka. Lagi-lagi pada first time parents.
This is our first time being a daughter/ son, and its also their first time being a parent.
Seperti mana ibu ayah belajar untuk menjadi ibu bapa, anak juga sedang belajar.
Mungkin benar dikata orang, anak pertamalah yang mengajar ibu ayah menjadi seorang ibu ayah, bukan sebaliknya.
Mungkin juga kenapa yang selalu tersakiti adalah anak pertama. Lebih-lebih lagi first born daughter.
Tapi dalam beremosi, kita mungkin salahkan mereka semata-mata. Ada yang kata kita tak boleh pilih ibu ayah kita tapi ibu ayah boleh pilih untuk ada anak.
Agak ganas dan zalim bunyinya. Sebab kita orang Islam yang berpegang pada qadak qadar, pada konsep takdir dan rezeki. Cuba tarik nafas, tenang, dan istigfar.
Kesakitan yang dirasai waktu kecil itu mungkin kita lupa tapi luka itu pasti berbekas. Sampai satu masa ia akan rasa pedih dan kita seolah relive that pain again.
Sadness.
Deep hurt.
Triggered.
Dan terluka broken heart ini akan menjadi childhood trauma.
Benda paling menakutkan adalah bila kita terbayangkan diri kita melakukan, menyakiti anak kita seperti kita pernah lalui dulu.
Dan inilah teori aku kenapa warga millenial sebayaku mengalami krisis hidup entah kali keberapa bila kami membesarkan anak.
Baru sedar kesakitan sendiri, cuba memahami, menerima dan membaikpulih diri dan dalam masa sama bertanggungjawab untuk memori childhood seorang budak yang baru hidup.
Overwhelming.
Ingatlah bahawa perjalanan memulihkan diri dan hati atau dipanggil healing ini bukanlah garis lurus.
Kita akan maju kedepan, berpatah balik, turun naik sepanjang masa. Ia akan mengambil masa, so take your time and be kind to yourself.
Please, be kind to yourself.
You are okay.
You are kind.
You are enough.
CikuAku 2/40
.jpg)
Comments
Post a Comment