Dah Berehat tapi Tak Hilang Penat? Kenali Jenis-Jenis Rehat Untuk Elak Burnout

Kenapa dah berehat tapi masih letih?

Rehat bukan sekadar baring di sofa.
Rehat adalah bila mana nervous system kita rasa selamat supaya stress respon kita boleh turn off.

Dan rupanya ada banyak jenis rehat. Kita perlukan rehat yang berbeza dalam setiap situasi.

Jenis-Jenis Rehat 

1. Physical Rest 

Rehat fizikal atau physical rest seperti tidur, bersenam, makanan berkhasiat, pergerakan solat.

2. Mental Rest 

Rehat minda atau mental rest seperti memasak, mengemas atau apa-apa aktiviti yang tak perlu berfikir

3. Emotional Rest

Rehat emosi atau emotional rest seperti menangis, menulis journal, terapi, sesi sharing atau apa-apa aktiviti yang boleh zahirkan emosi.

4. Social Rest

Rehat sosial atau social rest seperti pelukan, komuniti, kerapatan.

5. Sensory Rest

Rehat sensori atau sensory rest seperti senyap,musik yang tenang, pakaian yang loose, bauan menenangkan ssperti dispa.

6. Spiritual Rest

Rehat spiritual atau spiritual rest seperti meditasi, yoga, solat.

7. Creative Rest

Rehat kreatif atau creative rest seperti melukis, membaca novel, mencorak.

8. Playful Rest

Rehat bermain atau playful rest iaitu aktiviti yang seronok walaupun tidak produktif seperti bermain seperti budak kecil.

Gardening adalah salah satu contoh ecological rest

9. Ecological Rest

Rehat ekologi atau ecological rest seperti menanam pokok, mendaki dan aktiviti luar yang mempunyai unsur alam atau grounding.

10. Altruistic Rest

Rehat altruistic atau altruistic rest iaitu membuat kebaikan tanpa mengharapkan apa- apa seperti aktiviti sukarela, deep listening, random acts of kindness.

Apabila kita rasa penat dan sudah berehat tapi masih tidak lega, biasanya disebabkan kita berehat tapi bukan jenis rehat yang diperlukan oleh badan ketika itu.

Oleh itu, cuba semak kembali apa yang diperlukan oleh badan kita lalu buatlah aktiviti yang bersesuaian. Latihan ini juga bagus untuk kita kenali nilai atau value yang kita perlukan buat masa ini.

Rehat dan rawatlah diri kita sebelum kita mampu merawat orang lain pula.

CikuAku 1/40

Comments