Mindset vs Metod



Pertama kali aku dengar term ini adalah dari Richie Norton. Dia membicarakan bagaimana mindset itu yang harus digali & dikenali barulah kita sibuk mencari metod.


Contoh mudah seperti mahu jadi kaya. Jika mindset kita kaya itu mesti ada RM1 juta, maka ketika kita ada RM10,000 kita masih fikir kita tidak kaya.


RM 1 juta= kaya= berjaya

< RM 1 juta= Tidak kaya= tidak berjaya


Contoh lain kita fikir mustahil aku boleh dapat RM1 juta, maka tidak akan pernah kita nampak jalan untuk mencapainya. Walaupun peluang duduk depan mata, walaupun orang sudah bagi blueprint sebijik tinggal ikut je. Kita akan fikir ia mustahil, tak akan terjadi fikir akalmu.


Maka mana mungkin kita akan pernah capai angka tersebut. Mindanya sudah terkatup. Ideanya kering. Usahanya mustahil ada.


Dan ketika kita berjaya mendapat RM 1 juta itu, percayalah wang itu akan segera habis. Kerana kita tidak pernah percaya atau yakin akan memperolehnya. Setelah dapat, kita tidak tahu mengurusnya.


Lebih sesak lagi, kita fikir kita tidak layak mendapatnya. 

I dont deserve this! 


Tentang ini pula pernah dibicarakan oleh Ed Mylett bagaimana mahu buat kita layak mendapat kejayaan dan kekayaan itu. Ia lebih kepada kepercayaan diri kita sendiri. Atau dalam kata lain, mindset kita juga.


Berbalik soal mindset dan metod. Ternyata mindset lebih penting dari metod. Betulkan mindsetnya, apa saja metod boleh diguna asalkan halal untuk capai sasaran kita.


Teringat pula aku kisah bagaimana seorang jurujual dapat menjual selipar di negara Afrika, dimana semua orang selesa berkaki ayam.


Produk atau barang yang sama.

Harga yang sama.

Lokasi yang sama.

Target pembeli yang sama.

Tapi jurujual pertama tidak dapat jual walau sepasang selipar.

Dan jurujual kedua dapat jadi jutawan selipar.


Bezanya?

Satu berfikir inilah lubuk terbesar.


Nah, ternyata cara fikir itu yang menentukan kejayaan. Metod hanya jalannya saja. Oleh itu betul dan terangkan fikiranmu, metod boleh dipilih apa saja.


Jika kita kembalikan cara fikir ini dalam Islam, ada hadis tentang banyaknya pintu masuk ke syurga. Itu metodnya. Ada yang masuk dari pintu solat, pintu jihad, pintu rayyan (orang yang berpuasa), pintu sedekah, ada dari pintu haji mabrur, ada dari pintu memaafkan kezaliman, pintu al-ayman (masuk syurga tanpa hisab ada 70,000 orang umat Nabi Muhammad saw) dan kelapan dari pintu zikir.


Mindsetnya satu, buat kebaikan untuk meraih redha Allah. Metodnya pelbagai, mindsetnya satu jelas. Untuk masuk ke syurga itu pilihlah satu metod dan buatlah sungguh-sungguh. Kemudian kita tambah dengan amalan yang lainnya.


Dibawa balik contoh ini ke dalam kehidupan dunia bisnes kita, mindsetnya perlu diperjelas. Kebebasan hidup atau freedom of lifestyle mungkin. Metodnya apa, ayuh pilih dan buat sehabis baik. Contoh lain, mindsetnya mahu memperkenal produk anda ke seluruh ceruk Malaya yakni marketing. Metodnya apa? Boleh melalui pengiklanan berbayar (paid advertising), free cost marketing, viral marketing, influencer marketing, instagram ads, youtube etc.

Platformnya apa?

So on and so forth, banyak yang perlu diambil kira tapi semuanya berpunca dari mindset yang sudah dipilih dari awal.


So, find your clarity, clear out your mindset then just pick method that you are comfortable with and go with it.


Thats it folks. Semoga dapat mencuit neuron akal lalu membuat anda melangkah.


Last edit was on February 21, 2020


Comments