May The Force Be With You
Kata-kata May The Force Be With You ini sangat sinonim dengan peminat filem Star Wars. Sebagai orang yang belum tonton filem ini, aku tak nak lah menyalahgunakan term ini. Tapi biasanya orang cakap ginilah untuk wish someone good luck.
And as usual, aku selalu connect the dots with unexpected stuff.
Bila orang selalu, dan aku sendiri pun kadang cakap gini kat orang tiba-tiba aku terfikir, what if there is some truth in that word?
What if the force ( in my own context, tiada kaitan dengan filem ini) do really be with you?
As a Muslim, the biggest, strongest All-Knowing is Allah.
What if we wish everyone like the above, where the meaning is May All Be With You.
I thought about it, and I feel its good. It makes me more in peace, but stronger knowing that in whatever I'm doing, Allah is with me.
And if we really thought about it, Allah is always with us (not in literal form, I am not good in explaining thing like this as I am not a Muslim scholar so just bear with my thought first ok)
Allah is always with us.
Allah is closer to us than our own jugular vein.
“And indeed We have created man, and We know whatever thoughts his inner self development, and We are closer to him than (his) jugular vein.”
(Quran 50:16)
Dan aku fikir lagi, bagaimana nak rasa, semat dalam diri hati akal semualah yang Allah itu sentiasa ada dan dekat dengan kita?
Yang aku terfikir adalah perkataan Bismillah. Dengan nama Allah. In the name of Allah.
Bila kita sebut Basmallah sebelum memulakan sesuatu, kita letakkan pada Tuhan dulu. Kita serahkan padaNya. Dari situ datangnya keberkatan sebab setiap perbuatan itu disertai dengan nama Allah.
Kedua, bila kita mulakan apa sahaja dengan Bismillah, mustahil kita nak buat jahat. Tiada orang nak merompak rumah, sebut Bismillah sebelum kopak pintu. Takde Bismillah sebelum mengutuk orang. Automatic anggota badan kita tak tergamak nak sebut.
Oleh itu sebutan dan amalan Bismillah ni dapat latih diri kita untuk tidak buat jahat.
Ketiga, kisah satu-satu yang orang yang memeluk Islam bila Nabi ke Taif untuk berdakwah tapi dihina dan dibaling batu hingga berdarah. Dikatakan sampai bertakung,berkocak darah Nabi dalam seliparnya.
Malaikat sampai minta Nabi berdoa supaya malaikat diizinkan untuk terbalikan bukit di Taif itu kerana buruknya perbuatan mereka pada Nabi.
Dalam sedih tu, Nabi berteduh disatu kebun dan minta izin dengan penjaga kebun tu untuk makan sedikit anggur. Sebelum makan, Nabi sebut Bismillah. Dan orang bukan Islam ini mengenali perkataan tersebut dan tahu Nabi itu benar, lalu dia memeluk Islam.
Keempat, pernah dengar kisah orang non Muslim yang masuk Islam sebab dia suka dengar kita selalu sebut Assalamualaikum dan Bismillah?
Menyentap hati wei. Kenapa orang yang belum Islam, dijentik hati dan diberi hidayah oleh Tuhan hanya dengan istilah kecil itu tapi kita tak rasa apa-apa?
Kelima, jika kau pernah duduk atau perhatikan sahaja orang yang perkataan Bismillah sentiasa basah dibibir, kau mesti akan lembut hati juga. Ambil kunci Bismillah, bangun dari duduk Bismillah, sarung kasut Bismillah, tekan remote kereta Bismillah, masuk kaki dalam kereta Bismillah.
Masyaallah. Kau akan rasa tenang je hidup tengok dan duduk sebelah orang begini. Dan orang itu pun tenang steady je. Sebab apa? Sebab dia tahu Allah sentiasa bersamanya.
Kesimpulannya, untuk dapat the force be with you all the time, cuba kita sama-sama try amalkan Bismillah sebelum setiap perbuatan kita. Semoga kita mendapat keselamatan, kemudahan, rahmat dan pahala ibadah setiap waktu.
Insyaallah, aminnn
Comments
Post a Comment