Involve Asia vs Accesstrade [Access Trade Affiliate Malaysia Review]
Hai gais!
Lepas kongsikan mengenai InvolveAsia (IA) haritu, rasa nak kenalkan dengan satu lagi program affiliate yang menarik iaitu AccessTrade (AT). Fungsi sama seperti IA tapi entah kenapa kurang meriah.
Aku sendiri first time dengar dan tengok AT ni macam bukan affiliate program tapi macam trading company dengan nama &logo dia yang corporate gitu. Satu lagi, program ni macam lambat sikit masuk Malaysia (2018) berbanding di negara Asian yang lain sejak 1999 dah ada.
Tapi aku tengok ada juga kelebihan AT ni berbanding IA. Ini antara benda yang aku perasan lah sebab kedua-dua interface AI &AT ni aku macam belum full discover lagi.
![]() |
| Daftar sebagai affiliate Acesstrade |
KELEBIHAN ACCESS TRADE VS INVOLVE ASIA
Ada inpages
![]() |
| Inpages can be utilized for free |
Inpages ni macam buat minipage dengan clickable link. Kalau di profile medsos seperti Tiktok, IG biasanya kita boleh letak satu link je. Jadi kita buat minipage yang dalam tu ada beberapa linkboleh klik. AT ni siap letak inpages dalam website. Cuma drag & drop je dan boleh tampal linki ni di profile.
Withdraw amount lebih rendah RM60 berbanding IA RM80
Untuk KOL/ influencer apedehal RM 60 ke RM 80 untuk withdraw tapi untuk kita orang biasa dan pemula,lagi rendah amount lagi excited nak promote sebab nak rasa first payment tu
Mudah apply for campaign
Di IA ada certain campaign untuk apply kena isi info untuk setiap advertiser tu kadang leceh. Untuk AT kita tick&click je untuk apply. Mudah sangat. Approval time tak lama, tidaklah kita bagai pungguk rindukan bukan menunggu pending approval
Advertiser lain
Advertiser di AT ni pun kadang kat IA tak wujud pun. Jadi dapatlah kita gunakan peluang ini untuk promote dan dapat commission.
AT Academy
![]() |
| Free courses on SEO etc |
Ada banyak courses yang diberikan percuma untuk bantu kita jadi affiliator yang mantop seperti SEO, search trend, organic traffic, meta tag etc dari basic hinggalah ke techical aspect dia ajar. Ini memang power sebab jika kita dah pegang skill ni, masuklah bidang apa & buat apa pun kita dah ada basic yang boleh digunakan. Free je khas untuk member AT, kalau kat luar ni setiap course mahu beratus RM kena bayar.
Commission Rate
Ada certain commission rate yang lebih tinggi berbanding Involve. Idoklah teman nak baca & senaraikan satu-satu tapi ada beza sikit seperti Kinokuniya AT 4.6% manakala IA 4% camtu
KEKURANGAN ACCESS TRADE
Tiada yang sempurna didunia ini dan pastinya AT juga ada kekurangan bila dibandingkan dengan IA. Antaranya adalah
kurang advertiser
tak semeriah IA tapi ada je advertsier yang IA takde tapi Accesstrade ada. Pandai-pandailah pilih mana yang berkenan
kurang detail
report dalam IA boleh tengok ikut tarikh, conversion, subs id, percentage conversion dll. AT tak detail sangat report dia
KESIMPULAN
Untuk cepat rasa makan comission dan nak pastikan mereka ni bukan penipu,daftar & promote guna AT dulu. Apply campaign yang orang selalu gunaseperti Lazada dan Shopee. Cukup je duit untuk minimum withdrawal, keluarkan duit itudan joli.
Kemudian teruskan promote link affiliate guna Involve Asia yang lebih banyak advertiser ada.
Sebagai kesimpulan, gunakalah kedua-dua website ni untuk double the money dan double kemeriahan. Daftar sebagai affiliate AccessTrade & InvolveAsia disini.
Article & tutorial seperti cara generate link, komisen nanti aku sediakan disini.
Sekian, selamat mencuba!



Comments
Post a Comment