Easyparcel Hantar Barang Dengan Mudah STEP-BY-STEP

Meriah dah sekarang semua orang berniaga online. Yang menjual pakai Shopee lagilah senang sebab print & drop je parcel di Poslaju, JNT dll. Tapi kadang-kadang kita dapat juga belian dari luar yang perlukan kita beratur di pejabat kurier.

Eh, zaman-zaman kobid ni tak payah susahkan diri saudaraku.  Kita tak payah keluar, biar lori courier yang datang kepada kita. Macam mana caranya?

Gunakanlah Easyparcel.

Ya, seperti namanya, memang mudah menggunakan EP ni. Mul-mula daftar dulu disini & boleh godek untuk discover cara guna dia.

DAFTAR EASYPARCEL 

Register free sini http://p3x.cc/5Unb6R


KELEBIHAN EASYPARCEL

Antara kelebihan EP yang aku suka adalah 

Bulk Parcel

Korang yang berniaga online dan dapat order beratus parcel tu boleh patah pinggan wei uruskan satu-satu lepastu sumbat dalam Kancil, pusing cari parking, hantar ke pejat pos. Takde kontrak akaun kena beratur lagi. Pening-pening.

Dengan EP ni dari seketul sampai beratus parcel boleh dibook & dihantar dalam beberapa minit je. Selain itu, boleh kasi link pada pembeli untuk mereka isi sendiri details instead of kita keyin satu-satu.

Tinggal masukkan details seperti berat & jenis barang, pilih courier apa & book.

Pilih Courier

Kita boleh pilih courier yang kita berkenan. Contoh certain area tu JNT lebih efisien, kita pilihlah JNT. Dalam EP ada bermacam jenis courier dengan rate berbeza boleh dipilih.


Estimate Cost

Kan ada banyak courier dalam tu, kita boleh tengok harga yang diberi. Tips, bila kita topup banyak, kita akan dapat pakej yang lebih murah. Tapi topup ni akan expired juga jadi topulah ikut kesesuaian kita. Jarang pos, topup sikit sudah atau pun sebelum topup, tengok dulu estimated kos kita & topup ikut nilai terdekat. 

Contoh estimated cost RM8, kita topup RM20 ke. Gitulah. Feature estimate ni pun elok bila nak quote customer sebab kita boleh keyin berat & postcode. Jadi takdelah, harga post nanti saya kira lepas pergi pejabat pos ya.

Penghantaran Ke Luar Negara

Waaa makin maju bisnes nampaknya, dapat pelanggan negara luar. Haritu pun aku pos baju opah kepada pembeli dari Singapura menggunakan kurier Teleport. Proses sama saja cuma kena cakna ada barang yang tidak boleh dipos ke luar negara & berapa nilai barang yang dicover dalam insuran.

Tak sampai 5 hari sudah diterima orang Singapura dari Johor. Jangan lupa print resit juga dan selit dalam waybill. Ala ikut je steps dalam EP tu. Walaupun satu parcel, Teleport tetap pickup dirumah.

Satu lagi untuk oversea parcel kita kena masukkan kad bank dalam EP. Kalau dalam negara tak perlu masukkan kad, kita topup duit saja dah cukup.


Courier Pickup Walaupun 1 Parcel

Ini antara benda terbest EP iaitu pickup kat rumah. Pastikan alamat pickup kita betul & mereka akan pickup bagi order yang dibuat sebelum 6am hari itu tak silap. Contohnya 8 pagi kita book pickup, esok mereka akan ambil. Nak senang malam sebelumnya kita dah book, esok mereka akan pickup between 9-6pm.

Yang ni kena pilih pickup la ye, kalau pilih option drop off kita kena pergi ke courier berkenaan dan drop  je dalam kotak yang disediakan, tak perlu beratur pun.

APA YANG DIPERLUKAN?

Kita perlukan plastik parcel, printer & penimbang.

Bungkus barang kita guna kotak, plastik flyers mana yang berkenaan. Keperluan membungkus aku beli di Shopee semuanya. Flyers, bumble wrap, selotep, fragile tape dah ready.Tambahan tape dispenser , Kotak 

Penimbang untuk dapatkan berat barang selepas dibungkus. Lepas bungkus tau sebab kena kira juga dengan buble wrap semua bagai tu.

Printer untuk print airway bill yang ada alamat pengirim dan penerima. 

STEPS GUNA EASYPARCEL

  1. Daftar easyparcel
  2. Keyin postcode kita ( sender/pengirim), berat barang, postcode penerima/ receiver
  3. Topup duit dalam account
  4. Pilih courier yang kita mahu
  5. Tekan book & buat bayaran
  6. Bungkus barang & tampal airway bill
  7. Tunggu pihak courier pickup barang ATAU drop parcel di pejabat courier berkenaan
  8. Selesai!

Ha, macam mana? Mudah je kan cara guna EP. Cubalah pos satu barang dulu. Register free sini  http://p3x.cc/5Unb6R

Sekian, selamat mencuba!

Comments