Nota MDBwith Youths Sesi 11
Ayat Inspirasi Minggu ini,
Surah Al-Ankabut ( 29: 69)
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.Nota
- manusia kena berusaha lebih dengan berterusan dan bersungguh, jangan rasa aman, selesa, comfort supaya kita dapat tanda aras yang lebih tinggi
- akhirat adalah tempat berehat, di dunia tempat bekerja keras
- berikan the highest input dan output
- Imam Hambal kata perlu kita kerja keras selagi belum masuk syurga
- dari ayat surah Al-Ankabut, jalan yang dimaksudkan bukan satu jalan saja, tapi jalan-jalan. Ini menunjukkan bukan ada satu cara saja, bukan satu peranan saja, bukan ada satu fungsi saja, bukan satu kaedah atau vehicle saja
- Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam karyanya yang terkenal Al-Ijtihad menerangkan maksud perkataan Jahada (bersungguh-sungguh, strive, struggle etc) seperti ayat diatas yang boleh derive perkataan Ijtihad ( menggunakan anggota minda) & perkataan Jihad ( menggunakan anggota badan)
- Perkataan Jahada lebih tingkatnya dari Amala
- Perlu bersungguh-sungguh spend masa, badan, harta, tenaga. Ia bukan perkara mudah atau ringan, ia memerlukan kekuatan.
- Perkara ini diterangkan Syeikh Yusuf dalam mukadimmah karyanya. Ternyata dari mukadimah pun kita boleh ambil iktibar.
- MDB turut tekankan perlunya kita membaca preface atau prakata bila membaca buku. Ini kerana preface menggambarkan cara fikir, personaliti diri dan motivasi penulis itu. Mukadimah buku adalah wajah sesebuah buku.
- Sebaik-baik mukadimah adalah surah Al-Fatihah yang menyentuh seluruh aspek Al-Quran dalam 1 surah.
- Cara MDB menulis buku adalah mulakan dengan prakata dan penutup. Diikuti table of content dan ini suah 50% siap. Isi tengah akan datang sendiri dan buku akan habis ditulis insyaAllah.
Refleksi Saya
- Kena mula baca mukadimah buku selepas ini
- Kita berusaha, Allah akan bukakan jalannya. Bagaimana, dengan cara apa, bila, siapa itu semua jawapan yang kita tidak tahu tapi pasti akan ada caranya.
- Ada lebih dari satu vehicle dan peranan yang ada dalam hidup ini. Masing-masing ada peranannya, maka jangan pertikai orang lain.
Nak dapatkan buku terjemahan Syeikh Yusuf Qardawi boleh beli disini:
Fatwa Kontemporari Jilid 1: Siri 3 (Fatwa Berkaitan Wanita dan Keluarga) (OUT OF STOCK)
Masa dalam Kehidupan (OUT OF STOCK)
Fiqh Hiburan dan Rekreasi (OUT OF STOCK)
Mukjizat Sabar dalam Al-(OUT OF STOCK)
Buku karya MDB (DATUK DR MOHD DAUD BAKAR) antaranya:
Saya Ada 25 Jam Sehari (OUT OF STOCK)
Sosialisasi Fekah Dalam Struktur Masyarakat (OUT OF STOCK)
Anak Desa Ke Persada Antarabangsa (OUT OF STOCK)
Pulun (OUT OF STOCK)
Minda Syariah Kewangan Islam (OUT OF STOCK)
Kembara Ilmu Dari Sg. Korok ke St. Andrews (OUT OF STOCK)
Comments
Post a Comment