Datuk Bandar Jual Kentang Di Twitter

Hi guys.

Harini aku nak kongsi berita dari Korea, bagaimana Datuk Bandar bertukar menjadi penjual kentang.
Gov. Choi Moon-soon dari daerah Gangwon menjual kentang yang tidak terjual kerana virus covid19 di Twitter beliau. Satu kotak 10kg dijual pada harga 5,000 won je atau RM 17.50

Datuk Bandar Gangwon panggil kentang dia PTS acah-acah BTS gitu hahah

Setiap hari 10,000 kotak kentang akan mula dijual bermula 10 pagi. Dalam masa beberapa minit je akan sold out sampai isitlah "pocketing,"  keluar iaitu gabungan perkataan "potato" dan "ticketing," untuk berebut kentang ni.

Uish level Kerolaming gak ni.

Bandar-bandar lain juga guna kaedah online untuk jual fresh produce mereka seperti bandar Gyeonggi jual sayur oraganik melalui akaun Instagram Lee Jae-myung. Untuk kotak 4kg sayur ( ada 11 jenis sayuran) dijual dengan harga 20,000 won atau RM 70.

Batch pertama 7,000 boxes sold out dalam masa 2 jam saja.

Pejabat daerah Jeju pula membeli bunga yang sepatutnya terjual dengan banyak semepena musim graduation yang telah dibatalkan.

Bandar Gunsan pula membangunkan apps penghantaran sendiri untuk memberi platform percuma kepada kedai makanan.

Ada beberapa perkara kita boleh belajar dari beri ini

  • fresh produce boleh dijual online
  • local market cukup luas & supportive jika disebarluaskan 
  • local farmer tak biasa online kena dibantu
  • ketua yang baik gunakanlah platform yang ada untuk menjual
  • kadang apps/ecom web yang terlalu besar tak sesuai (agrobazar) tapi localize apps lebih praktikal
Rujukan:


Comments