Raya Haji Yang Sendu

 10 Zulhijjah 1442

Tahun kedua beraya dalam keadaan PKP. 

Lebih sendu dari raya puasa.

Tiada lontong, nasi atau mee special.

Tidak pakai baju raya.

Tiada gambar raya.


Tapi tetap bersyukur masih sihat.

Bak kata budak Tiktok, "if you never got Covid during this pandemic time, how does it feel to be God favourite?"

Selepas sarapan pisang goreng dan secawan kopi O, melayan Netflix dalam setengah jam sebelum Netflix tengok aku.

Kemudian cari kerjalah. Kemas almari, angkat jemuran, cuci motor, bersihkan vacuum, pasang langsir.

Langsir dari China ini boleh tahan tebalnya. Yang lace tak sesuai maka membazirlah 2pcs itu. Langsir tak cukup perlukan 4 helai lagi.

Buku "Keep Going" pun selesai baca.

Nak buat write-up nanti. Boleh tambah siri seterusnya selepas 2-3 siri yang sudah dalam rancangan.

Masih kekok menulis blog semula.

Tadi mahu login pun silap password, mujur jumpa buku password.

Marilah kita istiqamah disini dan mencuba beberapa style penulisan blog diari sepertinya inspirasi dari buku Theft By Finding.

Sekian, selamat hari raya korban!

20/07/21 11:10 pm, Muar

Comments